sekali lagi,aku mimpikan kau...kenapa sampai boleh terbawa2 ke mimpi?? mgkn sebab kau adlh org yg selalu aku fikirkan...susah sgt nk buang kau dari fikiran aku.... n again,mimpi tu sgt indah bersama kau...if only i can have it in my real life,that would be soooo meaningful things that i ever have in my life,dear....
tp aku sedar,siapa aku dan dimana aku pada kau...sedikit pon tak bermakna utk kau ingatkn aku kan??
Pages
all of u have it!!
kamu yg sedang membaca..
dia..
dan semua yg berada di dunia ini...
mempunyai sekeping hati seperti aku...
tetapi ianya berbeza...
Wednesday, 30 November 2011
Monday, 28 November 2011
Masih menCUBA
aku telah cuba untuk melepaskan engkau pergi...tetapi masih saja hati aku ini tidak dapat melupakan dirimu...dalam hati ini masih lagi terpahat namamu,difikiran aku masih lagi terbayang wajahmu sayang...
Saturday, 26 November 2011
kerana kamu sayang
awak...
saya nampak awak bila saya pejam mata..saya terdengar suara awak yang pernah panggil saya suatu ketika dulu...bila hati saya kata jangan,terlintas gerak geri awak yang buat saya rindu...
awak, dengar tak apa yang saya nak cakap ni??
saya sayangkan awak...saya dah cuba tapi saya tak boleh nak lupa...awak tau tak macam mana rasanya lalui semua ni...
kalaulah masih ada pilihan,saya akan pilih untuk tidak melalui semua ini...maka hati saya takkan terluka kerana awak..

Friday, 21 October 2011
hatiku milikmu untuk selamanya sayang
Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya dirimu yang membuatku terpaku
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua kusayang padamu
Kan kuabadikan dikau
sebagai suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa untuk selamanya
Kan ku coretkan kenanganmu dalam sanubariku ini
agar kau dapat jadi yang terindah dalam hidupku ini
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu mengoncang jiwaku
berombak mencari daratan yang damai
oh sayangku
Aku coretkan kenanganmu dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah dalam hidupku ini.....
Sayang,percayalah bahawa aku akan sentiasa mencintaimu setiap masa..
Wednesday, 5 October 2011
apabila rindu dan cinta berbicara
berapa harga rindu ?
rindu ini tak terbeli. Ia tiada harga untuk diurusniaga. Ia tiada entiti untuk ditonton mata. Ia tak ternilai, biarpun dikumpulkan sejuta mahligai. Ia tak tertanggung walaupun ditarahkan sejuta gunung. Ia cuma rindu. Rindu pada yang satu,rindu padamu..
berapa harga cinta ?
cinta ini bukan barangan untuk dijaja. Ia bukan lambang kemegahan untuk dipegang dan dimiliki sesiapa. Ia terlalu tinggi sehingga tak mampu diletakkan sebarang harga. Biarpun dikumpulkan harta oleh segenap isi dunia, hutang-piutang cinta ini takkan mampu dilunas sesiapa, kecuali DIA . dia yang meniup cinta kedalam hidupku ini..
dan apabila cinta dan rindu menyapa hatiku,
hanya airmata yang mampu ku berikan,
kerna hidup ini sangat terseksa apabila cinta dan rinduku masih untuk dirimu sayang..

Saturday, 24 September 2011
Ajarkan aku cara melupakanmu T_T
Seharusnya aku pergi saat kau tolak aku..
Seharusnya ku tidak di sini lagi
menanti ucap cinta... itu takkan mungkin..
Aku bertahan di sini biar kau terbiasa dekat denganku..
Biar kau rasa cintaku.. Biar kau tahu erti hadirku..
Aku takut patah hati, aku takut jauh darimu..
Melupakanmu, membunuh cintaku!
Tahukah kamu perkataanmu melukai dinding hatiku?
Berteman itu indah.. Dan hatiku takkan setuju!
Yang aku ingin bukan hanya menatapmu,
mendengar ceritamu...
Aku ingin menangis bersamamu.. ketawa denganmu..
Berbagi hati selamanya..
Beri aku kejelasan.. apa ertinya selama ini?
Kau beri ku puji, buat ku tinggi..
Kau beri harapan sepertinya indah..
Namun kenyataannya tak semanis inginku..
Salahku terlanjur ingini semua yang ada di dirimu..
Salahku terlalu berkhayal indah tentangmu..
Sebelum cinta ini hina.. semampunya ku harus rela..
Berhenti merinduimu.. Dan membunuh rasa ini..
Mohon ajarkan aku cara melupakanmu..
Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu..
Mohon jangan datang lagi di kehidupanku..
Bukan ku membenci.. Tapi aku telah tersakiti olehmu..
Belajar berhenti mencintaimu..

Subscribe to:
Posts (Atom)