Pages

all of u have it!!

kamu yg sedang membaca..
dia..
dan semua yg berada di dunia ini...
mempunyai sekeping hati seperti aku...
tetapi ianya berbeza...

Saturday 27 August 2011

ceritera yg sgt panjang

assalamualaikum.....
aku disini kerana ingin berkongsi sesuatu tentang hati aku..
tentang CINTA...
aku xpnh kenal ERTI cinta tu,aku xpnh merasainya sehinggalah pada 5 bulan yg lalu...
iaitu pada 18 APRIL lepas,tarikh yg sangat bermakna pada aku sbb itu adalah tarikh lahir aku...
ya, pada mulanya aku sangat seronok.kami berkawan lama,bukan secara terus menerus declare as a couple tp atlast dia telah melafazkan kata2 yang aku terlalu ingin dengar ketika itu...semua org mesti seronok bila seseorg propose kita utk jadi their lover pada hari lahir kita kan?? ketika itu aku merasakan itulah hadiah yg paling berharga dari dia,apabila dia telah menjadi milik aku dan begitu jua sebaliknya.. aku seronok sampai aku ALPA..
dua bulan slps itu,dia hilang secara tiba2...tnpa msj dan call...
aku keliru sgt waktu tu,aku buntu dan aku xtaw nak buat apa...hnya mampu tepon berulang kali dan msj tanpa henti...
tp semua tu sia2,msj aku xdibalas lgsg,call tak berjawab...
dan waktu itu jgk AIRMATA lahh peneman setia aku...tambahan pulak bila aku kesunyian,airmata tu asyk je nak mengalir tnpa henti.. aku xphm kenapa dia buat aku mcm tu...
sampailah pada suatu hari,kejadian yg xdisangka berlaku depan mata aku sendiri...
bukan saja aku menjadi saksinya,tetapi jgk kawan2 baik aku...
aku nampak depan mata aku sendiri yg "dia" sedang berpelukan dgn perempuan lain...
perasaan aku ketika itu hnya Tuhan saja yg tahu,aku sangat2 terkejut,terkejut dgn apa yg aku lihat depan mata aku sendiri...
27 JULAI 2011...itu adalah tarikh yg dah tersemat dlm hati aku dan xkan pernah aku lupakan apa yg terjadi pada hari itu...aku menangis depan khalayak ramai,depan kawan2 aku sbb aku dah xtahan sgt dgn apa yg aku rasa dlm hati waktu tu...aku bodoh kan sbb aku hnya boleh nangis dan menangis...

kini,semua tu dah berlalu...
aku masih begini dan masih dengan kekeliruan...
aku xphm kenapa hati aku mcm ni,msih mencari sesuatu yg aku tau aku xkan dapat...
sejak kejadian itu,aku membenci diri "dia"...
"dia" adalah insan yg dah buat aku kenal erti cinta,rindu,sayang dan kasih...dan dia jgklah yg dah buat aku benci insan seperti dirinya...semua ini adalah disebabkan dirinya,dia yg buat aku menyimpan perasaan BENCI   ni...perlu ke aku dipersalahkan bila ini akhirnya yg terjadi?? aku ikhlas mencintainya,aku tetapkan hati ini utk hanya setia pada diri dia tapi ini yg aku dapat... dan jgn tnya kenapa aku perlu membenci diri dia...

banyak yg ingin aku kongsikan disini,tetapi xtertulis...
boleh kan aku jadikan blog ini sebagai tempat meluahkan perasaan??
aku rasa sakit sgt bila aku selalu pendam apa yg aku rasa,aku nak luahkan pada 'somebody' tp aku rasa xda sesiapa pon yg phm aku...aku jadikan blog ini sebagai 'seseorg' yg blh aku share mslh...even org yg akan membacanya adalah org yg aku xkenal,sekurang-kurangnya beban dlm hati aku ni akan berkurang ckit...
:)) assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment